HALAMAN SANTAI

Selasa, 24 Februari 2015

Jelajah liwat II bukan agenda politik

 
Pakatan mengatakan kes liwat II satu konspirasi dan jika dibiarkan tanpa penjelasan masyarakat jadi keliru.


jelajah liwat


PELABUHAN KLANG: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyangkal dakwaan segelintir pihak bahawa sesi ceramah mengenai kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap parti itu.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, tindakan Ketua Pendakwa Raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengadakan ceramah tentang kes itu hanyalah untuk menjelaskan kepada masyarakat situasi sebenar kes dan ia tiada kaitan dengan agenda politik parti itu.

“Itu tanggapan mereka, kita sedia tahu pihak mereka (pembangkang) mengatakan kes itu satu konspirasi dan jika dibiarkan tanpa penjelasan masyarakat jadi keliru.

“Ceramah itu bukan ada political agenda pun, ini berkaitan dengan perundangan negara yang mana perundangan negara tidak benarkan (liwat) ini berlaku, sebab itu perlu adanya penjelasan,” katanya.

Muhammad Shafee pada Sabtu, mengadakan siri jelajah dinamakan ‘Sejenak Bersama TS Shafee Abdullah di Permatang Pauh, bagi menjustifikasikan penghakiman kes liwat II terhadap Anwar.
Siri ceramah itu mendapat kritikan pelbagai pihak kerana ia dilihat sebagai agenda pihak tertentu termasuk UMNO.

Bagaimanapun Muhammad Shafee menjelaskan program anjuran badan bukan kerajaan itu bertujuan memberi penerangan kepada pihak yang menghina mahkamah serta memutarbelitkan fakta berkaitan kes tersebut.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun setelah Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb lalu memutuskan beliau bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Tiada ulasan: