MALAYSIAKINI
Timbalan
Presiden PAS Mohamad Sabu enggan mengulas mengenai kemungkinan tindakan
disiplin yang mungkin dihadapinya atas tuduhan penglibatan dalam usaha
untuk menjatuhkan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Dakwaan tersebut timbul apabila rakaman kononnya beliau merancang untuk menjatuhkan Hadi muncul di beberapa blog.
Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata beliau hanya akan
memberi kepada jawatankuasa khas siasatan berhubung segala tuduhan
terhadapnya.
“Berkenaan isu rakaman suara yang dimainkan dalam media-media sosial
serta lain-lain media perdana, saya hanya akan memberi kenyataan kepada
jawatankuasa khas (siasatan) yang dipengerusikan oleh Presiden PAS
berkenaan segala tuduhan kepada saya, kerana ianya masalah dalaman
parti, sekiranya diminta.
“Berkenaan kedudukan saya dalam parti, saya serahkan kepada Muktamar
serta kebijaksanaan perwakilan,” kata Mohamad dalam satu kenyataan.
Sementara itu ketika ditemui di Butterworth hari ini, Mohamad berkata
apa jua tindakan terhadapnya beliau serahkan kepada muktamar parti itu,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan