MALAYSIAKINI
Sokongan kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak merosot lagi kepada 44
peratus bulan lalu berbanding 45 peratus dalam tinjauan Disember.
Namun, peratusan sokongan terendah kepada perdana menteri direkodkan pada Januari tahun lalu, sebanyak 42 peratus.
Pada November dan Disember lalu, tinjauan pendapat Merdeka Center mendapati sokongan padanya mendatar pada tahap 45 peratus.
Selepas pilihan raya umum Mei 2013, sokongan kepada Najib berada di
tahap tertinggi 62 peratus (Ogos 2013) sebelum merosot kepada 52 peratus
(Mac 2014) tetapi meningkat semula 54 peratus (Ogos 2014).
Dalam tinjauan pendapat Merdeka Center, 46 peratus responden tidak menyokong cara perdana menjalankan tugasnya.
Tinjauan itu, yang diadakan antara 21 hingga 30 Januari lalu, mendapati
47 peratus pengundi berasa negara ini menuju arah yang salah berbanding
39 peratus berpendapat sebaliknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan