HALAMAN SANTAI

Selasa, 24 Februari 2015

NGO tuntut menteri singkir ketua polis

MALAYSIAKINI


 


Sekumpulan NGO hari ini menuntut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berundur ekoran dakwaan meningkatnya amalan salah guna kuasa dan tekanan terhadap kebebasan di negara ini.

Mereka merancang mengetengahkan perkara itu kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid kerana tidak puas hati terhadap tindakan polis bertindak berdasarkan komen di Internet.

“Kami akan susun strategi sama ada (pengunduran Zahid) melalui petisyen atau minta menteri dalam negeri adakan mesyuarat untuk bentangkan kenapa kita perlu seorang macam IGP letak jawatan,” kata pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah.

Beliau bagaimanapun berkata usaha untuk bertemu Zahid itu masih dalam perbincangan.

Selain BERSIH, gesaan sama dikongsi oleh NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Amnesty International, kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL), kumpulan mahasiswa dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Setakat ini, lima orang ditangkap kerana mengkritik penghakiman kes Datuk Seri Anwr Ibrahim yang disabitkan bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Tiada ulasan: