MALAYSIAKINI
Polis Johor membuka kertas siasatan berhubung penganjuran ceramah bebas
mengenai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Pagoh, Ahad
lepas.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mohktar Mohd Shariff berkata ceramah yang
dipercayai anjuran parti pembangkang itu dibuat tanpa permit yang sah di
bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
"Sehubungan itu, mereka yang berucap dan menghasut semasa ceramah berkenaan jangan fikir polis tidak ambil tindakan.
“Kita pun guna kebijaksanaan dan apabila kertas siasatan lengkap, kita
akan kemukakan ia kepada timbakan pendakwa raya untuk tindakan lanjut,"
kata beliau kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di
Johor Bahru semalam.
Ceramah solidariti bertajuk 'Anwar Yang Dizalimi' itu turut dihadiri
beberapa wakil pembangkang antaranya Setiausaha Agung PKR Mohd Rafizi
Ramli dan Anggota Parlimen Kluang Liew Chin Tong.
Terdahulu, beliau menghadiri majlis penghargaan perkhidmatan cemerlang
kontinjen negeri yang turut dihadiri 600 anggota polis seluruh Johor.
Sementara itu, 19 pegawai kanan dinaikkan pangkat ke Asisten
Superintendan Polis (ASP) dan Deputi Superintenden Polis (DSP) pada
majlis penghargaan.
Sebanyak 272 pegawai dan anggota pula menerima surat penghargaan Ketua
Polis Negara dan Ketua Polis Johor atas perkhidmatan cemerlang yang
ditunjukkan.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan