HALAMAN SANTAI

Selasa, 24 Februari 2015

Qazaf kes Anwar: Kaji dulu enakmen, kata Jamil

MALAYSIAKINI



 
 
 
Pihak yang ingin membuat tuduhan jenayah qazaf terhadap peguam Tan Sri Shafee Abdullah dalam kes Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa mengkaji enakmen berkaitan terlebih dahulu.

"Semak balik Seksyen 41 Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan Selangor. Ada seksyennya.

"Qazaf itu tuduh orang melakukan zina. Dia tak boleh sebut semua (berkaitan) qazaf.

"(Contohnya) qazaf (kerana) mencuri, itu salah," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Baharom.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Imam Peringkat Kebangsaan 2015 sempena sambutan Jubli Emas ke-50 Masjid Negara di ibu kota hari ini.

Perkara berkaitan qazaf disebut dalam Seksyen 36, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Ia merujuk kepada kesalahan menuduh zina tanpa empat saksi atau “iqrar” pasalah.

Jika disabitkan kesalahan, seseorang boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau keduanya.
 

Tiada ulasan: