SHAH ALAM - Terserah kepada ‘kebijaksanaan’ Yang di-Pertuan Agong
Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah untuk membuat keputusan berikutan
petisyen yang dihantar oleh keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi
mendapatkan pengampunan diraja, kata Timbalan Presiden PKR, Muhammed
Azmin Ali.
Beliau yang ketika ditemui pemberita hari ini menjelaskan keputusan tersebut harus dibuat dengan professional bagi mendapatkan keadilan terhadap Anwar.
“Itu serah kepada kebijaksanaan Yang di Pertuan Agong untuk menjawab, kita mengemukakan petisyen dan Jawatankuasa Pengampunan perlu menyiapkan kertas maklumbalas yang adil dan professional utnuk lihat kes ini secara adil supaya keadilan dapat diberikan kepada Datuk Seri Anwar,” kataya.
Beliau berkata demikian dalam program Majlis Penyerahan Hak Milik Tanah dan Penyampaian Notis 5A di Sungai Buloh, Sabtu.
Mengulas lanjut isu berkenaan katanya, tindakan mengemukakan petisyen adalah dibolehkan dalam perlembagaan sekaligus menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan keputusan Mahkamah Tinggi tidak semestinya tepat.
“Itu dibolehkan dalam perlembagaan, bila berlaku kerosakan dalam sistem kehakiman dan kita yakin tak ada keadilan diberikan kepada tertuduh.
“Kita ada hak dalam perlembagaan, kalau Mahkamah Tinggi jatuhkan hukuman, tak semestinya dia bersalah, kita ada Mahkamah Rayuan, ada Mahkamah Persekutuan, kemudian ada lagi petisyen, ini adalah proses yang perlu kita hormati,” ujarnya lagi.
24 Februari lalu, keluarga Anwar telah menghantar petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan pengampunan diraja bagi membebaskan Anwar yang juga Ahli Permatang Pauh untuk daripada hukuman penjara selama lima tahun.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan