Mohamad Nazir (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di IPD Putrajaya, semalam.
PUTRAJAYA – Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) tampil membuat
laporan polis bagi menafikan dakwaan NGO itu memecahbelahkan Pas,
mewujudkan aliran pemikiran songsang dan mengamalkan ajaran Islam
liberal.
Ketua Penerangan Pusat Pasma, Mohamad Nazir Zakaria berkata, tuduhan yang dilemparkan terhadap Pasma adalah fitnah dan menjejaskan reputasi Pasma sebagai NGO yang berdaftar dan sah di sisi undang-undang.
“Tuduhan ini amat berat lebih-lebih lagi datang dari seorang pemimpin parti yang dihormati, yang seharusnya membimbing dan bukannya menghukum.
“Pihak kami amat kesal dengan fitnah dan segala tuduhan yang sengaja diwujudkan untuk mengelirukan rakyat sehingga dilaporkan pelbagai media arus perdana dan media sosial,” katanya kepada Sinar Harian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, semalam.
Sehubungan itu, beliau yang mewakili Pasma menuntut tuduhan itu ditarik balik demi nama baik NGO.
“Laporan polis ini dibuat untuk menafikan fitnah ke atas Pasma, menyekat penyebarannya serta meminta kenyataan tersebut ditarik balik,” katanya.
Sebelum ini Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob di Multaqa Ulamak Malaysia di Stadium Tertutup Perbandaran Subang Jaya, pada Sabtu lalu mengulangi larangannya terhadap ahli Pas supaya tidak terlibat dengan Pasma.
Beliau yang juga Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas Pusat berkata, NGO yang berteraskan liberal itu bertentangan dengan dasar Pas.
Ahmad Yaakob juga mendakwa, gerakan Pasma cuba mewujudkan satu usaha untuk merosak, menghancur dan memecah belahkan Pas.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan