shahbudindotcom
Ketika
majlis angkat sumpah Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi pada
Oktober lalu, Perdana Menteri, Najib Razak telah ditolak (disenggol)
dengan kuat oleh isterinya, Rosmah Mansor sehingga insiden itu menjadi
viral di media-media sosial.
Rosmah
dianggap tidak wajar berbuat demikian kepada suaminya yang juga Perdana
Menteri, lebih-lebih lagi di acara penting yang melibatkan tetamu
kenamaan daripada seluruh dunia itu.
Tetapi
dalam minggu lalu, Najib terus menerima tolakan yang berterusan lagi.
Ketika harta peninggalan Tun Razak cuba dikaitkan dengan perbelanjaan
mewah keluarga Najib, terutama melibatkan isterinya Rosmah dan anak
tirinya Reza Aziz, keempat-empat adik Najib tampil dengan kenyataan
bersama menolak tanggapan sedemikian.
Mereka
menyatakan, Tun Razak terkenal sebagai pemimpin yang berintergriti
tinggi serta berjimat cermat sepanjang kehidupannya dan spekulasi
mengenai harta peninggalan bapa mereka yang dikaitkan dengan kemewahan
adalah tidak wajar sama sekali.
Setelah ditolak (disenggol) oleh isterinya, Najib ditolak pula oleh keempat-empat adik-beradiknya.
Pada
Rabu lalu pula, mesyuarat kabinet menolak suntikan modal sebanyak RM3
bilion lagi kepada 1MDB berikutan ramai ahli kabinet tidak bersetuju
dengannya.
Jika
berita ini benar dan ia juga belum dinafikan lagi oleh kerajaan
sehingga kini, ia juga bermaksud penolakan sebahagian menteri-menteri
kabinet terhadap Najib sendiri.
Ini
kerana 1MDB adalah syarikat pelaburan yang ditubuhkan oleh Najib dan
menjadi anak emasnya selama ini. Syarikat itu diletakkan dibawah
Kementerian Kewangan di mana Najib juga adalah Menteri Kewangan, selain
sebagai Perdana Menteri.
Penolakan
ini sebenarnya amat memalukan Najib kerana beliau seolah-olah sudah
ditolak dan tidak dipercayai lagi oleh menteri-menteri kabinet yang
dilantiknya sendiri.
Jika
di negara lain atau Najib seorang pemimpin yang bermaruah dan
berintergriti, episod penolakan oleh ahli-ahli kabinet ini seharusnya
menyebabkan beliau berasa malu untuk terus mengempuki kerusi Perdana
Menteri yang didudukinya sekarang.
Semalam
pula, kajian oleh Merdeka Center mendapati penolakan rakyat semakin
tinggi terhadap kepimpinan Najib dengan hanya tinggal 44 peratus saja
lagi berbanding 48 peratus sebelum ini.
Setelah
ditolak (disenggol) isteri, ditolak oleh adik-beradik dan ditolak oleh
menteri-menteri kabinet, Najib juga ditolak oleh majoriti rakyat yang
makin tidak berselera dengan kepimpinannya.
Maknanya, dalam waktu terdekat ini sudah ada empat kes penolakan diterimanya.
Jika
mengikut kepercayaan orang Cina pula, angka 4 bermakna "mati". Dalam
episod kena tolak ini, Najib telah disasar tiga kali dengan angka 4
iaitu oleh empat adik-adik beradiknya, penolakan rakyat yang menjadikan
sokongannya hanya tinggal 44 peratus dan empat kes penolakan dalam waktu
terdekat ini.
Seorang rakan Cina berkata, ia dengan itu bermaksud "mati-mati" atau akan "mati" dengan perlahan-lahan.
Kesian Najib...tak habis-habis kena tolak. Mungkinkah "matinya" juga sudah semakin hampir?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan