MALAYSIAKINI
Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan mengakui bahawa polis tidak
akan dapat mengenalpasti jika ancaman oleh sesuatu kumpulan itu
benar-benar serius atau hanya satu jenaka.
Musa berkata, ancaman seperti yang dibuat ke atas penggantinya, Tan Sri
Khalid Abu Bakar, perlu dipandang serius kerana mendukung keganasan.
“Kita perlu pandang serius ancaman itu kerana kita tidak tahu sama ada mereka berjenaka atau sebaliknya.
“Apa jua ancaman perlu dipandang serius kerana kita tidak tahu perkara seperti itu berlaku,” katanya kepada Malaysiakini.
Ancaman tersebut dinyatakan oleh satu kumpulan melalui satu video di Youtube, yang berhasrat untuk meletupkan kereta Khalid.
Ia bertujuan untuk menakut-nakutkan agensi kerajaan agar tidak
"melakukan kesalahan menipu demokrasi kerana rakyat Malaysia akan
bangkit memilih jalan bukan demokrasi".
Khalid dalam kenyataannya hari ini berkata beliau tidak gentar dengan
ugutan bunuh oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka Anak Malaysia
Anti Demokrasi itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan