HALAMAN SANTAI

Selasa, 24 Februari 2015

Selangor catu air lagi?


ganguan air Gambar hiasan. - Sumber Internet
 
 
SHAH ALAM - Kerajaan negeri sudah bersedia untuk menghadapi fenomena Ekuinoks atau musim kering yang dijangka berlaku Mac depan dan yakin paras empangan di Selangor cukup untuk mengagihkan sumber air kepada rakyat negeri ini.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Indsutri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, paras empangan kini berada di tahap baik dan negeri juga masih menerima hujan sekali gus membuatkan keadaan masih terkawal.

"Setakat semalam, paras empangan Sungai Selangor ialah 78.57 peratus dan masih dalam kapasiti yang cukup baik. Kita juga terima hujan sebanyak 0.80 milimeter.

"Keadaan ini kita boleh katakan baik berbanding dengan tahun lepas paras empangan turun hingga 65.5 peratus pada penghujung tahun lalu.

"Kita juga mempunyai kolam takungan yang mampu menyalurkan air kepada pengguna jika paras empangan tidak mampu menampung permintaan pengguna dan kolam takungan itu mampu menyalurkan air hingga 800 juta liter sehari.

"Dengan itu, kita cukup optimis keadaan tahun ini adalah lebih baik berbanding tahun lalu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tiada ulasan: