HALAMAN SANTAI

Isnin, 23 Februari 2015

Singapura akan terus jadi duri dalam daging Malaysia

 
Perkara itu terjadi disebabkan pimpinan yang rasis mengetepikan adat istiadat sebuah negara beraja.


spre msia


PETALING JAYA : Singapura akan terus menjadi duri dalam daging Malaysia kerana konsep Malaysian Malaysia yang ditanam oleh bekas Perdana Menterinya, Lee Kuan Yew bagi tujuan sosialisme telah terpesong menjadi Chauvanisme Cina yang liar dan rakus.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, perkara itu terjadi disebabkan pimpinan yang rasis mengetepikan adat istiadat sebuah negara beraja.

“Strategi kosmopolitan Lee Kuan Yew yang tidak berasaskan kepada realiti politik Malaysia tidak dibetulkan oleh pewaris politiknya di samping kegagalan mereka menjaga disiplin dan bercampur dengan golongan politik agama yang kolot dan parti politik yang rasuah dan tidak bermoral.

“Bagaimanapun seperti yang pernah dinyatakan oleh Lee Kuan Yew sendiri dengan pertumbuhan populasi Melayu dan topografi politik Malaysia maka pembangkang tidak akan berjaya di Malaysia yang bererti Malaysian Malaysianya juga akan hanyut seperti tanda-tanda yang sudah terbayang sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri terbaru blognya zamkata.blogspot.com yang bertajuk Masa Untuk Berterima Kasih Kepada Lee Kuan Yew.

Dalam pada itu Zainuddin yang merupakan bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan berkata, jika tidak kerana perancangan dinamik, bervisi dan inovasi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, mungkin Malaysia hari ini merupakan sebuah kampung Melayu di pinggir Singapura.

Beliau turut memuji tindakan Mahathir yang membangunkan bangunan tertinggi di dunia telah membangunkan keyakinan diri di kalangan rakyat negara ini menyebabkan rakyat Singapura datang mendongak kepala di Malaysia

“Beliau merintis perlumbaan F1 yang diikuti oleh Singapura. Rakyat Malaysia tidak lagi pergi ke Singapura kerana hendak menaiki MRTnya dan mengkagumi bangunan tinggi Singapura dengan perasaan rendah diri sebaliknya orang Singapura sekarang ramai ke Malaysia untuk menjadikan lebuh rayanya yang indah sebagi litar perlumbaan,” katanya.

Beliau turut melihat banyak persaman identiti antara Mahathir dan Kuan Yew untuk mengubah sikap rakyatnya.

“Tetapi Mahathir dilihat lebih demokratik dan pragmatik berbanding Kuan Yew yang dianggap lebih autoritarian, lebih keras dan tegas tetapi sikap ini diperlukan oleh Kuan Yew yang lebih mengenali sikap bangsanya.

“Seperti yang digambarkan kepada seorang pegawai Utusan Melayu semasa beliau menjadi peguam pertama Utusan di Singapura dalam tahun 50-an ‘saya sahaja yang boleh ajar orang Cina’,” katanya.

Tiada ulasan: