HALAMAN SANTAI

Selasa, 24 Februari 2015

Ahli PasMa boleh tanding pemilihan PAS

MALAYSIAKINI


 


Tiada larangan terhadap ahli PAS yang menyertai mana-mana NGO termasuk Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) untuk bertanding dalam pemilihan parti Islam itu kali ini.

“Peraturan tidak halang mana-mana ahli yang terlibat dengan NGO dan tidak ada sekatan.

“Selagi (dia) ahli PAS dan tepati syarat, layak untuk jadi calon,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Asmuni Awi dalam sidang media di Kuala Lumpur.

Pemilihan PAS kawasan akan berlangsung pada 1 Mac hingga 21 April ini.

Manakala pemilihan jawatankuasa pusat melibatkan 27 jawatan dijadual pada Jun ini.

Tiada ulasan: