MALAYSIAKINI
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mesti bertaubat secukupnya
sebelum layak diberi pengampunan bagi jenayah liwat oleh lembaga
pengampunan, kata seorang menteri Umno.
Ditanya pada sidang media sama ada Anwar perlu bertaubat sebelum beliau
boleh diberi pengampunan, Menteri Pertanian dan Industri Tani, Datuk
Seri Ismail Sabri Yaakob menjawab "ya!"
"Biasanya orang minta ampun selepas menjalani hukuman penjara selepas beberapa tahun.
"Kelakuan baik dalam penjara sepatutnya menjadi alasan untuk kurangkan hukuman atau mohon ampun," katanya.
Tegas Ismail, pengampunan juga biasanya dipohon selepas berkelakukan baik - dan bukan atas alasan mencari keadilan.
Ismail yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata pemimpin pembangkang itu hanya "bermain politik".
Anwar, dakwa Ismail memohon pengampunan diraja semata-mata untuk
mengelakkan dirinya dilucutkan kelayakan sebagai ahli Parlimen Permatang
Pauh.
Hakikat bahawa Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membawa
anak-anaknya bersama-sama untuk memohon pengampunan dari Yang di-Pertuan
Agong, Ismail berkata, adalah satu strategi untuk mendapat belas
kasihan.
"Biasanya peguam yang pergi tetapi ini isteri bawa anak dan cucu - ini strategi untuk tarik simpati," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan