HALAMAN SANTAI

Selasa, 24 Februari 2015

Keluarga Anwar kemuka petisyen pengampunan Diraja

 
Petisyen tersebut dikemukakan selepas laporan menyatakan Anwar enggan memohon pengampunan kerana tidak bersalah.


istana


KUALA LUMPUR: Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa telah mengemukakan petisyen pengampunan diraja kepada Yang di-Pertuan Agong terhadap sabitan kesalahan kes liwat II Ketua Pembangkang itu.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua berkata petisyen itu telah diserahkan kepada pihak istana di Istana Negara pada kira-kira pukul 3.30 petang ini.

Petisyen telah dikemukakan di bawah peraturan 113, Peraturan Penjara 2000, katanya ketika dihubungi Bernama.

Mengikut peraturan itu banduan jika hendak boleh membuat petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan atau Raja atau Yang Dipertua Negeri seberapa segera selepas sabitan. Kemudiannya selepas tiga tahun dari tarikh sabitan dan selepas itu, lat dua tahun.

Sementara itu pihak Istana Negara telah mengesahkan menerima petisyen itu petang ini.

Tiada ulasan: