Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Pulau Pinang membidas kembali kritikan keras Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah kepada NGO itu kelmarin.
Mengaitkan dengan kerjasama Kelantan-Pusat yang sering menjadi modal kritikan pengkritik dalaman PAS, Zainulfaqar (kiri) berkata kerajaan negeri juga tidak mendapat manfaat sebaiknya daripada perkara itu.
Beliau malah menyindir Kelantan sebagai “kerajaan sukarelawan” apabila apabila misi kemanusiaan selepas banjir oleh NGO lebih cepat sampai ke kawasan bencana.
“Justeru, kalau Mohd Amar berasa jijik dengan kerja buat sukarelawan NGO PasMa yang diibaratkan sebagai 'beras hampa', saya lihat Mohd Amar sendiri pun sebenarnya tidaklah makan 'beras berkualiti' atas nama kerjasama politik peringkat PAS Kelantan dan Umno Putrajaya hingga kini,” katanya.
Mohd Amar semalam menyertai kempen menghentam keras PasMa dalam Multaqa Ulama PAS pada Sabtu selepas NGO itu dikaitkan dengan usaha mahu menjatuhkan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Berdasarkan latar belakang, “orang PasMa” bermasalah dan tidak perlu dilayan sehingga mengetepikan nasihat Majlis Syura dan Dewan Ulama, lapor Mingguan Malaysia.
Dalam kenyataannya hari ini, Zainulfaqar berkata Mohd Amar (atas) patut “berhenti mengheret PAS untuk bekerjasama dengan Umno”.
“Ini kerana, selama ini pun kerajaan Umno, BN Pusat pun bukan beri makan 'beras berkualiti' berupa dana bantuan bencana RM50 juta umpamanya kepada kerajaan negeri serta rakyat Kelantan, dengan angan-angan politik kosong Mohd Amar,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan