HALAMAN SANTAI

Rabu, 25 Februari 2015

'Bagaimana dengan Saiful jika Anwar diampun?'

MALAYSIAKINI


 


Adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya Saiful Buhkari Azlan akan insaf selepas memohon ampun daripada Yang di-Pertuan Agong?

Perkara ini dilontarkan oleh presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali.

“Sepatutnya Anwar sudah insaf setelah didakwa kes liwat satu (kali pertama),” katanya.

Ibrahim berkata, pengampunan bagi kesalahan kali kedua ketua umum PKR itu jika diberikan sudah tentu tidak akan memberi pengajaran dan dikhuatiri mendorong tindakan sama oleh penjenayah lain.

Ini, khususnya, kata Amwar bagi banduan yang disabitkan kesalahan sama.

“Bagaimana pula keadilan untuk Saiful Bukhari jika Yang di-Pertuan Agong mengampunkan Anwar?” soalnya.

Ibrahim juga berkata masih terlalu awal bagi sebarang pengampunan diberikan kepada Anwar.

“Jalani hukuman dulu dan proses penilaian boleh dibuat bila tiba masa dan waktu yang sesuai,” katanya.

Petang semalam, keluarga Anwar muncul di Istana Negara bagi mengemukakan permohonan bagi mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong berhubung sabitan kes Liwat II.

Beliau dihukum penjara selama lima tahun dan disabitkan kesalahan kerana meliwat Saiful di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Tiada ulasan: