HALAMAN SANTAI

Rabu, 25 Februari 2015

'Mari berdoa agar Rosmah tidak boros'

MALAYSIAKINI


 


Wanita PKR menasihati Datin Seri Rosmah Mansor agar lebih peka dengan beban kos sara hidup masyarakat dan tidak membandingkannya dengan gaya hidup mewah beliau selaku isteri perdana menteri,

Ketua pergerakan itu, Zuraida Kamarudin berkata, Rosmah tidak seharusnya membangkitkan mengenai kos dandanan rambutnya bernilai RM1,200 ketika paras gaji minimum pada masa ini hanyalah RM900.

"Apakah gaji minima RM900 rakyat Malaysia itu boleh dibandingkan dengan RM1,200 simbolik model rambut Rosmah yang besar itu?

"Islam mengajar kita untuk menjadi sederhana dalam segala aspek kehidupan dan mengelakkan diri dari bongkak (dengan) menunjukan kekayaan. Islam juga mengajar kita untuk berpakaian secara tawaduk.

"Marilah kita seluruh rakyat Malaysia berdoa agar Rosmah boleh mengubah gaya hidupnya yang boros. Semoga Allah memberi petunjuk pada beliau," katanya dalam satu kenyataan media.

Menurutnya lagi, gaya hidup Rosmah yang disifatkannya “terlampau mewah” itu tidak menggambarkan nilai positif pada rakyat Malaysia yang kini perlu menanggung kenaikan harga barang.

MP Ampang itu mengulas mengenai saranan Rosmah agar kerajaan memperkenalkan garis panduan untuk perkhidmatan rumah ke rumah bagi mengelakkan peniaga meletakkan harga sesuka hati.

Rosmah yang berkongsi pengalamannya juga menceritakan bahawa beliau terpaksa menanggung kos RM1,200 untuk berdandan dan mewarna rambut.

Tiada ulasan: