HALAMAN SANTAI

Selasa, 24 Februari 2015

SPR Teruskan Rancangan Persempadanan Semula

RAKYATNEWS


alt


 
KUALA LUMPUR  - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneruskan proses inkuiri awam untuk persempadanan semula kawasan pilihan raya di Sarawak.

Langkah itu akan diambil walaupun pemantau pilihan raya BERSIH menggesa supaya perkara itu ditangguh sementara menunggu semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuching.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusoff berkata, bahawa perkara itu diteruskan kecuali terdapat arahan sebaliknya daripada mahkamah.

“SPR akan terus menunaikan tanggungjawabnya berdasar perlembagaan persekutuan kerana tidak menerima sebarang arahan mahkamah yang memberhentikan tindakan itu,” kata Aziz.

Mahkamah Tinggi Kuching memberi kebenaran kepada permohonan semakan kehakiman oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How pada 17 Februari lalu.

See mahu sebuah pengisytiharan dibuat bahawa keseluruhan proses persempadan semula sebagai batal dan tidak sah ekoran banyak perkara berkaitannya tidak konsisten.

Tiada ulasan: