HALAMAN SANTAI

Khamis, 26 Februari 2015

Pengampunan diraja Anwar patut ditolak

 
Adakah Yang di-Pertuan Agong perlu menilai dan mempersoal kehakiman dalam penghakiman mereka terhadap kes Anwar.


zulkifli anwar


PETALING JAYA: Bekas ahli PKR dan juga peguam, Zulkifli Noordin menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon pengampunan dari Allah berbanding memperoleh pengampunan Diraja yang petisyennya difailkan oleh ahli keluarga beliau.

Katanya, Ketua Pembangkang itu juga perlu memohon maaf kepada bekas pembantu peribadi beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan secara terbuka dan bersemuka kerana perbuatan liwat “bertentangan dengan hukum Allah.”

Mengulas lanjut permohonan pengampunan Diraja yang difailkan oleh keluarga Anwar, bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu itu berkata, ia perlu ditolak kerana difailkan tanpa kebenaran atau pengetahuan Ketua Umum PKR itu sendiri.

Jelas Zulkifli, setakat ini Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sendiri belum membuat sebarang kenyataan mengenai sama ada beliau atau peguamnya bersetuju dengan pengampunan itu.

Sehubungan itu tegas beliau, Yang di-Pertuan Agong perlu menganggap dokumen yang dikemukakan sebagai bukan petisyen kerana Anwar gagal membuat pengesahan selain Ketua Umum PKR itu konsisten dengan pendiriannya menolak pengampunan Diraja.

Jelasnya, antara elemen dan syarat dalam pengampunan diraja ialah pengakuan bersalah, menyesali kesilapan dan deklarasi bersumpah denganjanji tidak mengulangi kesalahan.

Bagaimanapun kata beliau, petisyen itu dikemukakan dengan alasan Anwar dizalami dalam pendakwaan politik sekaligus menunjukkan sikap tidak menghormati institusi raja kerana hakim-hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Zulkifli juga menyifatkan permohonan petisyen itu sebagai “luar biasa” kerana kebiasaannya ia dikemukakan untuk kes berkaitan hukuman mati dan penjara seumur hidup.

“Untuk seseorang yang menjalani hukuman penjara lima tahun dan berterusan melaungkan ‘Lawan tetap lawan’, petisyen ini suatu yang agak mustahil,” ujarnya.

Tiada ulasan: