HALAMAN SANTAI

Selasa, 24 Februari 2015

Janganlah buruk-burukkan negara sendiri – Idris

 
Fakta sedia ada jelas menunjukkan bahawa pendidikan tinggi di negara ini semakin bertambah baik.


idriskpt


SHAH ALAM: Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh meminta pihak pembangkang yang masih berterusan memburukkan kerajaan supaya tidak meneruskan sikap sedemikian kerana ia ternyata tidak menyumbang dalam meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini.

“Pembangkang pada mereka tidak ada yang betul. Janganlah kita buruk-burukkan negara sendiri, kita kena ubah mentaliti,” tegasnya.

Beliau berkata, “Apa yang saya berikan sebelum ini dan hari ini (mengenai kejayaan pendidikan tinggi negara) adalah fakta yang bukan saya reka tetapi diiktiraf oleh dunia.”

Sehubungan itu Idris kesal apabila kenyataannya mengenai pendidikan tinggi negara kini setaraf dengan di negara maju berterusan dipolitikkan oleh pihak pembangkang.

Beliau berkata, fakta sedia ada jelas menunjukkan bahawa pendidikan tinggi di negara ini semakin bertambah baik dan terus menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa.

“I am proud of saying that our education system is ‘soaring upwards’ and that on many fronts we are indeed world class,” ujarnya, lapor Bernama.

“Bagaimanapun saya tidak kata kita sudah selesa dan tidak ingin berubah sebab itu kita ada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 yang dijangka diumumkan menjelang akhir Mac ini untuk terus meningkatkan prestasi pendidikan negara,” jelasnya.

Idris berkata demikian ketika mengulas kritikan pihak pembangkang terhadap kenyataan beliau pada Sabtu lepas bahawa pendidikan tinggi negara kini setaraf dengan di negara maju termasuk United Kingdom, Jerman dan Australia dari segi kualiti pendidikan.

Tiada ulasan: