Oleh Ahmad Mustapha Hassan
Nurul Izzah Anwar, seorang Ahli Parlimen ditahan kerana dikatakan menghina badan kehakiman. Beliau mengambil bahagian dalam perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat. Beliau tidak menyalahgunakan statusnya sebagai Ahli Parlimen, mahu pun membuat tuduhan di luar Parlimen. Di manakah hak istimewa Parlimen untuk Nurul Izzah?
Pada
masa ini, banyak insiden yang membimbangkan berlaku. Akta Hasutan
digunakan sewenang-wenangnya terhadap pemimpin pembangkang dan aktivis
yang kritikal terhadap kerajaan. Pada waktu dahulu, Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA) yang menjadi alat menghalang kegiatan melawan
kerajaan. Sejak ia dimansuhkan, Akta Hasutan pula yang menggantikan
tempatnya.
Hampir setiap hari, polis
menggunakan peruntukan dalam akta ini untuk menahan sesiapa yang
dirasakan membuat kenyataan menghasut. Ini adalah undang-undang zaman
penjajah, namun digunakan Umno Baru untuk menutup suara pembangkang.
Namun
pada masa sama, pihak yang menyokong kerajaan terlepas daripada
sebarang tindakan walaupun membuat komen yang boleh dianggap sebagai
menghasut. Maka akta ini seolah-olah hanya untuk pembangkang.
Orang
ramai juga bimbang dengan kadar jenayah dalam negara. Kini, untuk ke
mesin ATM di waktu malam juga sudah tidak selamat lagi, seperti yang
dilaporkan di media sosial baru-baru ini berhubung seorang yang dipukul
dan dirompak ketika menggunakan mesin ATM.
Tanggungjawab
utama polis adalah mencegah jenayah, namun nampaknya realiti tidak
begitu. Syarikat keselamatan yang seperti cendawan tumbuh selepas hujan
membuktikannya. Pada masa ini, kira-kira 800 syarikat keselamatan di
Malaysia. Tugas polis dalam menentukan keselamatan warga telah diambil
alih oleh syarikat-syarikat ini, dan ia bukanlah percuma. Ini tentunya
bukanlah sesuatu yang sihat.
Walaupun
negara berhadapan dengan masalah kewangan dengan pelaksanaan cukai
barangan dan perkhidmatan (GST) bulan hadapan, kerajaan seolah-olah
tidak kisah tentang perbelanjaan dana awam. Kerajaan berbelanja
seolah-olah sudah tiada hari esok, bukannya berjimat-cermat.
Daripada
keseluruhan hal-hal tidak relevan yang menggunakan wang rakyat, salah
satunya adalah jet eksekutif yang digunakan oleh Perdana Menteri.
Golongan miskin langsung tidak dihiraukan, dan BR1M hanyalah gimik
politik.
Wang tersebut boleh
digunakan secara lebih cekap, berbanding pemberian secara langsung yang
tidak pun cukup untuk menampung perbelanjaan. Namun, ia adalah jalan
mudah untuk mendapatkan sokongan politik.
Kerajaan yang baik dan bertanggungjawab akan merancang untuk meningkatkan mutu kehidupan rakyatnya.
Apa yang tidak patut dilakukan, sedang dibuat oleh kerajaan kita.
Kerajaan
tidak mengangkat agenda yang bijak dan difikirkan secara teliti, di
mana kebajikan dapat dinikmati semua lapisan masyarakat.
Kini, semakin banyak beban yang dihumbankan ke atas rakyat, dengan meningkatnya kos pengangkutan.
Negara kita kini dalam keadaan tunggang-langgang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan