HALAMAN SANTAI

Ahad, 29 Mac 2015

#KitaLawan : Khalid Samad Ditahan Awal Pagi Ini

RAKYATNEWS





KUALA LUMPUR  - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ditahan polis mengikut Akta Hasutan berhubung penganjuran protes #KitaLawan, di rumahnya di Shah Alam pada 3.20 pagi ini.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad  yang mengesahkan perkara itu berkata, Khalid kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur.

"Semoga negara ini diselamatkan Allah daripada terjerumus menjadi sebuah 'police state',” kata Dzulkefly menerusi akaun Facebooknya.

Selain Khalid, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang ditahan semalam termasuk Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, Aktivis politik, Hishamuddin Rais dan Setiausaha Pengelola PKR Fariz Musa.

Mohamad Sabu bagaimanapun dibebaskan pada pukul 11.30 malam tadi.

Kesemua ditahan atas tuduhan sama.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan pihak penganjur perhimpunan #KitaLawan tidak lagi dibenarkan untuk mengadakan sebarang protes di ibu kota susulan tindakan agresif kumpulan itu terhadap penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kejadian baru-baru ini.

Akan tetapi, Sekretariat #KitaLawan tetap meneruskan protes tersebut semalam dengan kehadiran kira-kira 500 peserta.

Tiada ulasan: