Isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah II di Kelantan, biarlah kita komen dan meneliti sebagai orang yang beriman. Kadang-kadang saya kesian apabila membaca komen-komen di media sosial seolah-olah macam mereka tidak mahu mati.
Kalau orang bukan Islam tidak mengapalah, masalahnya yang menulis dan komen ini ialah seorang Muslim.
Walaupun atas apa alasan diberikan, Allah tahu apa maksud di dalam hatinya. Mati nanti baru tahu siapa sebenarnya kita.
Untungnya PAS
Alangkah beruntungnya PAS jika ahlinya bekerja untuk menerang dan memahamkan perjuangan PAS kepada masyarakat. Lebih baik masa dan waktu dihabiskan untuk mengembangkan fikrah perjuangan daripada sibuk mencari kesalahan sesama sendiri.
Gunakanlah ilmu yang Allah kurniakan untuk mengkreatifkan pendekatan dalam dakwah.
Kepakaran gerak saraf digunakan untuk melihat kelemahan musuh dan menyusun strategi untuk menjawab bukan digunakan untuk melawan sesama sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan