KUALA LUMPUR - PAS tidak akan meneruskan siasatan berhubung
rakaman audio yang didakwa milik salah seorang pemimpin tinggi parti
yang merancang untuk menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, setakat ini, tiada mana-mana ahli mahupun pimpinan parti yang tampil membuat sebarang aduan secara rasmi mengenai perkara tersebut.
"Bila ada audio, mesti ada pengadu. Kita tidak ada pengadu. Bila tidak ada pengadu kita tak boleh teruskan siasatan," katanya ketika ditemui pemberita selepas satu sidang media hari ini.
Pada 23 Februari lalu, sekumpulan penyokong PAS mendedahkan satu rakaman audio melibatkan salah seorang pemimpin tinggi parti yang merancang untuk menjatuhkan Abdul Hadi.
Audio berdurasi 2.10 minit itu memuatkan suara yang dikatakan milik pemimpin tersebut, memberi taklimat kepada rakannya untuk membuat serangan balas terhadap serangan ke atasnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan