HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 Mac 2015

Aktivis Anti GST terpaksa ‘curi-curi’ guna telefon hubungi keluarga

Oleh: NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM: Aktivis anti GST yang ditahan kerana dituduh menyertai perhimpunan membantah GST di ibu pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia Isnin lalu dibebaskan dari tahanan polis sebaik sahaja selesai proses ikat jamin hari ini.

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang berjaya berkomunikasi dengan Selangor Kini secara sembunyi menerusi mesej melalui aplikasi Whatsapp berkata, sehingga kini, seramai sembilan orang sudah selesai proses ikat jamin.

14926_435800073240625_8540927330384265787_n

“Belum lagi keluar. Sekarang dalam lokap, curi-curi guna hand phone. Belum selesai lagi. Sekarang dalam proses ikat jamin. Sembilan orang dah siap proses ikat jamin,” kata Badrul Hisham kepada Selangor Kini hari ini.

Selain menghubungi Selangor Kini dan beberapa teman rapat lain, aktivis terlibat turut mengambil peluang menghubungi keluarga masing-masing untuk memaklumkan perkembangan terkini diri masing-masing.

Sebelum ini Badrul Hisham dan 24 aktivis lain didakwa didakwa mengikut Seksyen 21(1)(d) Akta Perhimpunan Aman yang dibaca bersama dengan Seksyen 447 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh.

Kumpulan itu didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya dalam tempoh tidak sampai 48 jam selepas ditahan.EZY


Tiada ulasan: