HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 Mac 2015

Hudud: Najib mahu pancing PAS – Husam

 
Rakyat sudah tidak mahu melihat siapa yang bergaduh, tetapi rakyat mahu lihat siapa yang pandai selesaikan masalah.


husam najib



SHAH ALAM: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang masih berdiam diri mengenai perlaksanaan Hudud di Kelantan sebenarnya menimbulkan pandangan negatif rakyat terhadap beliau.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mendakwa, “Lambat Najib beri maklum balas, rakyat akan membaca Perdana Menteri ada agenda politik untuk memancing PAS bersama Barisan Nasional (BN)”.

Jelas Husam, tindakan Perdana Menteri berdiam diri sehingga sekarang jelas menunjukkan beliau dalam dilema untuk berdepan dengan rakan parti komponan BN yang lain mengenai pendirian UMNO dalam isu Hudud.

“Rakyat sudah tidak mahu melihat siapa tang bergaduh dengan siapa tetapi mereka mahu lihat siapa yang pandai selesaikan masalah ini,” jelas Husam.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, rang undang-undang (RUU) persendiran yang bakal dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen sebenarnya untuk menerangkan kepada Dewan Rakyat tentang had hukuman sebenar yang akan dikenakan.

Katanya, kesalahan jenayah yang boleh dihukum di bawah enakmen jenayah syariah yang telah dibentangkan di DUN Kelantan ialah atas kesalah Zinar, minum arak, Qazaf (hukuman menuduh seseorang melakukan zinar).

“Tidak semua dalam enakmen itu dapat dilaksanakan apabila Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) dipinda (di Parlimen). Kerana hukuman (bagi tiga jenayah itu) hanya sebat. Tidak ada potong tangan dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri forum awam di Shah Alam malam tadi.

Tiada ulasan: