MALAYSIAKINI
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datk Seri Jami Khir Baharom berkata
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyediakan garis panduan untuk
memelihara tatasusila dan akhlak penghibur dan penonton agar tidak
bercanggah dengan syariat Islam.
Beliau berkata garis panduan itu sebagai membantu Jawatan Agensi Pusat
Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL)
yang memberi kebenaran bagi aktiviti hiburan melibatkan artis luar
negara.
"Antara isi kandungan garis panduan tersebut ialah persembahan yang
tidak mengandungi ungkapan yang melanggar akidah dan syariat Islam dan
persembahan artis serta interaksi dengan penonton hendaklah secara sopan
dan disertai kata-kata yang boleh membina nilai-nilai kemanusiaan,"
jawapan bertulis Jamil dipetik .
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) yang
bertanyakan mengenai sejauh mana keseriusan kerajaan dalam
menguatkuasakan Garis Panduan Hiburan Dalam Islam yang diterbitkan oleh
Jakim.
Sebelum ini, kontroversi
tercetus ekoran rakaman video aksi gadis bertudung berpelukan dengan
artis lelaki K-pop Korea di atas pentas sehingga menimbulkan cemuhan
pelbagai pihak.
Video 3.22 minit itu antaranya menunjukkan adegan gadis bertudung naik
ke pentas sebelum berpelukan dan ada yang dicium oleh artis itu, sambil
disambut sorakan penonton.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan