HALAMAN SANTAI

Isnin, 30 Mac 2015

Akta baru benar penahanan seperti ISA

MALAYSIAKINI


 


Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan 2015 (Pota) mengandungi peruntukan penahanan terus tanpa perbicaraan yang tidak bolah dicabar di mahkamah.

Suspek boleh ditahan sehingga 59 hari sebelum dibawa Lembaga Pencegahan Keganasan yang mana boleh dikenakan hukuman penahanan selema dua tahun.

Ekoran itu juga, tempoh penahanan juga boleh diperbaharui.

Bagaimanapun, lembaga itu mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada penahanan itu mempunyai asas dan mengarahkan individu itu dibebaskan jika perlu.

Akta itu juga mencegah penahanan daripada mengganggu mahkamah dengan matlamat untuk membuat permohonan semakan kehakiman atau habeas corpus.

Ahli lembaga terdiri darpada pengerusi, timbalan pengerusi dan antara tiga hingga enam menjadi anggota lemabaga, yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk berkhidmat selama tiga tahun.

Pengerusi memerlukan kelayakan undang-undang dan sekurang-kurangnya 15 tahun pengalaman di lapangan tetapi tidak memperincikan kriteria bagi anggota yang lain.

Rang undang-undang berkenaan dibentangkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


Tiada ulasan: