HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 Mac 2015

Akta Hasutan: KEADILAN fail usul tergempar terhadap KPN

Oleh Azuan Ab Rahman


KUALA LUMPUR : KEADILAN memfailkan satu usul tergempar mengenai tindakan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana menggunakan Akta Hasutan terhadap Ahli Parlimen.

SimUsul tergempar itu difailkan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin hari ini di pejabat Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1).

“Sehingga kini, seramai 36 Ahli Parlimen, pensyarah, mahasiswa dan aktivis sosial telah didakwa, ditahan dan disoal siasat oleh polis dengan menggunakan Akta Hasutan,” kata Sim yang juga Pengarah Strategi KEADILAN.

Tegasnya, nama baik Malaysia boleh ‘terjejas’ sekiranya Khalid terus mengetuai pasukan keselamatan itu.

Pandikar Amin akan memutuskan sama ada usul tersebut boleh dibahaskan atau tidak pada esok atau minggu depan.

Tiada ulasan: