MALAYSIAKINI
Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan berkata penguasaan bahasa
Inggeris di negara ini lebih baik daripada penguasaan bahasa itu di
Singapura.
Malah, tambahnya, Malaysia berada di tangga teratas dalam penguasaan
bahasa itu di Asia dalam kajian terhadap 65 negara yang bahasa ibunda
mereka bukan bahasa Inggeris.
Beliau merujuk Indeks Kepetahan Berbahasa Inggeris yang dijalankan oleh
EF Education First, sebuah laman web kajian di Sweden yang meneliti
penggunaan bahasa itu di kalangan ahli perniagaan.
"Kita berada pada nombor satu dan anda pasti gembira kerana Singapura berada di belakang kita. Dan bukannya saya dakwa.
"Saya sudah nyatakan sumber rujukan (asal)," kata Kamalanathan di pertemuan belia di Kuala Lumpur hari ini.
"Apabila pencapaian kita baik, kita tidak menghebahkannya, tetapi apabila pencapaian kita merosot, semua orang ingin bercakap."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan