HALAMAN SANTAI

Ahad, 29 Mac 2015

Bekas wakil rakyat layak dapat BR1M, pencen kurang RM3,000 sebulan

 
Terdapat bekas wakil rakyat yang hanya menerima elaun RM1,200 dan paling teruk ada juga yang tidak dapat langsung elaun.


abdul-aziz-abdul-rahman_600


KUALA TERENGGANU: Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) berharap elaun bekas wakil rakyat dinaikkan kepada sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan iaitu tidak kurang daripada pendapatan rakyat biasa yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Presiden Mubarak Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, beliau berharap perkara itu diberi perhatian oleh kerajaan negeri yang masih belum berbuat demikian.

“Bekas wakil rakyat adalah antara golongan yang banyak berjasa kepada negara ketika mereka berkhidmat, jadi tidak patutlah jika mereka ini menerima elaun di bawah RM3,000.

“Malah, ketika ini terdapat bekas wakil rakyat yang hanya menerima elaun RM1,200 dan paling teruk ada juga yang tidak dapat langsung elaun kerana faktor tempoh perkhidmatan yang tidak melayakkan mereka menerimanya,” katanya.

Ketika ini terdapat sebanyak 820 bekas wakil rakyat di seluruh negara.

Abdul Aziz berkata, ketika ini beberapa kerajaan egeri telahpun menaikkan kadar elaun bekas wakil rakyat antaranya Negeri Sembilan, Johor dan Perak manakala Pahang, Melaka dan Terengganu masih dalam proses untuk menaikkan elaun tersebut.

Katanya, kenaikan kadar elaun itu pasti memberi impak positif kepada golongan tersebut yang masih mampu menyumbang kepada masyarakat dan negara.

Bagi wakil rakyat yang berkhidmat selepas tempoh tiga tahun, mereka layak menikmati elaun pada kadar separuh daripada pencen manakala bagi yang berkhidmat lebih lima tahun layak menerima pencen penuh, katanya.

Tiada ulasan: