MALAYSIAKINI
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz hari ini mempertahankan penangkapan empat pengarang kanan The Malaysian Insider (TMI) dan penerbit The Edge Group.
Katanya, tangkapan terhadap portal berita itu wajar wajar kerana laporannya yang didakwa “bohong”.
“Saya rasa tidak salah mereka ditangkap untuk disoal siasat kerana wartawan tidak terkecuali daripada undang-udang.
“Saya percaya pada kebebasan akhbar tetapi ia tidak memberikan mereka
lesen untuk berbohong,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.
Portal itu menyiarkan tulisan mendakwa Majlis Raja-raja Melayu menolak pelaksanaan hudud.
Perkara itu bagaimanapun dinafikan oleh penyimpan mohor raja-raja Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan