HALAMAN SANTAI

Ahad, 29 Mac 2015

PAS Pro Ulamak Asak Tuan Ibrahim Lawan Mat Sabu

RAKYATNEWS


 


KUALA LUMPUR  - Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man terus mendapat sokongan bagi mencabar Mohamad Sabu bagi jawatan timbalan presiden PAS apabila mendapat pencalonan dari kawasan Kluang, Johor hari ini.

Yang Dipertua kawasan itu, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, pencalonan kedua-dua mereka dibuat secara sebulat suara oleh perwakilan PAS yang bermesyuarat kali ke-32 di Balai Islam Omar Jani, Taman Ilham Kluang semalam.

"Untuk jawatan yang lain, mesyuarat menyerahkan kepada jawatankuasa baru yang terpilih.

"Ia akan diputuskan dalam mesyuarat pertama jawatankuasa itu pada 1 April ini sebagaimana mandat yang diberikan perwakilan mesyuarat agung," katanya yang juga memegang jawatan Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat.

Sebelum ini, Tuan Ibrahim yang menyandang jawatan Naib Presiden parti itu telah mendapat pencalonan dari PAS Kuala Kedah.

PAS kawasan Kluang turut mencalonkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi jawatan presiden.

Setakat ini, Abdul Hadi telah mendapat tiga pencalonan termasuk dari PAS Shah Alam dan Kuala Kedah.

Selain Hadi, turut layak untuk bertanding sebagai presiden ialah Datuk Husam Musa yang sudah mendapat dua pencalonan iaitu Kota Tinggi dan Batu Sapi.

PAS akan mengadakan Muktamar ke 61 awal Jun ini yang dijangka akan diadakan di Kuala Selangor di mana pemilihan semua jawatan utama dalam akan dibuat.


Tiada ulasan: