HALAMAN SANTAI

Ahad, 29 Mac 2015

'Culik' aktivis tindakan berlebihan, kata peguam

MALAYSIAKINI


 


Lawyer For Liberty (LFL) menyifatkan penculikan dramatik aktivis sosial Hishamuddin Rais malam tadi sebagai tindakan berlebihan oleh pasukan polis.

"Ini sangat mengejutkan," kata Pengarah Eksekutif LFL, Eric Paulsen kepada Malaysiakini.

Pada kira-kira jam 9 malam tadi, Hishamuddin diculik oleh beberapa individu yang tidak dikenali tidak lama lagi selepas dia turun dari sebuah teksi berhampiran Dataran Merdeka.

Beliau ditarik oleh tiga penunggang motosikal dan dibawa masuk ke dalam kereta Honda Accord berwarna perak yang mengekori teksi itu.

Kemudiannya didapati Hishamuddin telah dibawa ke Dang Wangi Ibu Pejabat Polis Daerah.

Yang merisaukan, keluh Paulsen, ialah tangkapan itu mungkin sah di segi teknikalnya.

Namun, katanya, ia amat tidak profesional kerana mereka tidak dikenal pasti sebagai anggota polis dan Hisham jelas tidak melarikan diri atau bersembunyi.

Oleh itu, tambah Paulsen, apa perlunya ia dilakukan sedemikian dalam membuat tangkapan yang mudah.

Katanya, pihak polis tidak mempunyai sebab untuk melayan Hishamuddin begitu kerana beliau sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis dalam tangkapan sebelum ini.

Hishamuddin adalah antara empat individu yang telah dijadualkan bercakap di sebuah ceramah anjuran Kita Lawan di Dataran Merdeka malam tadi.


Tiada ulasan: