HALAMAN SANTAI

Ahad, 29 Mac 2015

Kementerian sedia saring mental juruterbang

 
Inisiatif itu harus dilakukan syarikat penerbangan dan pihak kementerian bersedia memberi kerjasama


Hilmi-Yahya_600


BALIK PULAU: Sekiranya berminat, Kementerian Kesihatan sedia memberi kerjasama untuk mengadakan ujian mental terhadap juruterbang di negara ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Tambah beliau, pemeriksaan sebegitu adalah penting bagi memastikan juruterbang berada pada tahap pemikiran baik serta tidak mengalami gangguan emosi untuk bertugas, lapor Bernama.

“Bagaimanapun inisiatif ini harus dilakukan syarikat penerbangan sendiri dan pihak kementerian bersedia memberi kerjasama,” katanya di sini hari ini.

Dr Hilmi diminta mengulas mengenai kemalangan sebuah pesawat Airbus Germanwings yang mengorbankan kesemua 150 orang penumpangnya termasuk pelajar sekolah.

Media di Jerman melaporkan pembantu juruterbang sengaja menghempaskan pesawat ekoran mengalami kemurungan serius sejak enam tahun lalu.

Beliau turut menyarankan agar pemeriksaan ke atas juruterbang dibuat sekerap mungkin atau sekurang-kurangnya enam bulan sekali.

Tiada ulasan: