HALAMAN SANTAI

Selasa, 31 Mac 2015

Layanan istimewa: Anwar dapat jamban duduk

 
Layanan istimewa lain yang diperolehinya termasuk mendapat rawatan daripada empat pakar perubatan untuk memantau keadaan kesihatannya.


Johari_Abdul



SUNGAI BULOH: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat layanan istimewa apabila diberikan kemudahan jamban duduk dan tilam yang sesuai bagi rawatan sakit tulang belakang yang dihidapinya selama ini.

Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul berkata Ketua Pembangkang itu diberi ‘keistimewaan’ agar mendapat haknya sepanjang menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh, lapor SH Online.

“Selain itu, Anwar juga mendapat rawatan daripada empat pakar perubatan untuk memantau keadaan kesihatannya.

“Pengarah penjara juga bersetuju untuk memberikan Anwar bahan bacaan yang telah disahkan tidak terlarang selepas disemak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bersama beberapa orang Ahli Parlimen PR yang datang melawat Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya, hari ini di Penjara Sungai Buloh.

Antara yang hadir ialah Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail; Ahli Parlimen Lumut, Mohamad Imran Abd Hamid dan Ahli Parlimen Sepang, Hanifah Maidin.

Jelas Johari, walaupun mereka tidak dibenarkan berjumpa Anwar, tetapi penjelasan Pengarah Penjara Sungai Buloh, Narender Singh berhubung rutin Ketua Umum PKR itu dikira puas hati.

“Kami diberi penerangan semua aktiviti beliau dalam penjara.

“Ahli Parlimen tidak diberikan akses melawat kerana peruntukkan undang-undang negara, yang dibenarkan adalah ahli keluarga, peguam dan Menteri Besar Selangor kerana Datuk Seri masih penasihat ekonomi negeri,” katanya.

Tiada ulasan: