HALAMAN SANTAI

Selasa, 31 Mac 2015

AG belum mohon untuk ekstradisi Sirul

MALAYSIAKINI


 


Pejabat Peguam Negara masih belum membuat apa-apa permohonan kepada Australia untuk mengestradisi bekas komando polis Sirul Azhar Umar.

Sirul ditahan oleh pihak berkuasa Australia sejak 22 Januari lalu.

Sehari sebelumnya Sirul diletakkan dalam “notis merah” Interpol oleh polis Malaysia.

Beliau disabitkan dengan kesalahan membunuhkan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu bersama seorang lagi komando polis, Azilah Hadri.

Peguam Sirul, Hasnal Rezua Merican mengesahkan perkembangan terbaru itu kepada Malaysiakini.


Tiada ulasan: