HALAMAN SANTAI

Ahad, 29 Mac 2015

PAS terus kukuh hadapi cabaran pelaksanaan syariat




Oleh MOHD NOR HAMZAH


SAYA mengambil tanggungjawab bersama dengan rakan-rakan saya bagi mempertahankan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta Enakmen Jenayah Syariah Kelantan (EJSK) yang telah diluluskan sebulat suara oleh semua Adun di Sidang Dun Kelantan baru-baru ini.

Saya mengutuk sekeraskerasnya sikap kurang ajar dan biadab ini oleh Lim Kit Siang, sebagai seorang orang tua, dia seharusnya mempunyai kesabaran dan kewarasan untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah ini dengan baik, dan bukannya memilih jalan perbalahan yang menguntungkan Umno-BN.

Secara tersurat Kit Siang sepertinya menolak dan menghina Tuan Guru Abdul Hadi kerana kononnya ketegasan politik, akan tetapi di sebalik itu saya percaya sebenarnya secara tidak jujur dia mahu menutup malunya apabila kajian menunjukkan penolakan rakyat kepada beliau yang semakin ketara petunjuknya.

Dengan kenyataan yang secara terang itu, mungkin dia menjangkakan status dirinya akan melonjak semula terutama setelah secara terbuka mengajak BN membentuk kerajaan. Ini adalah jelas sebagai satu sikap mengkhianati undi rakyat. Sikap yang sama turut dikongsi oleh anaknya Lim Guan Eng.

Serangan ke atas PAS ini juga modal politik murahan DAP dalam rangka strategi mereka bagi
menghadapi pilihan raya negeri Sarawak. Malah DAP dalam keadaan sedar bahawa tiada parti yang boleh membentuk kerajaan pusat tanpa bergabung, tapi sayang lakonan mereka itu mungkin memakan diri kerana sikap demikian, tidak melambangkan aspirasi rakyat.

PAS yang telah diakui kawan dan lawan terutamanya dalam aspek kebajikan serta kesungguhan menjunjung politik bersih dan adalah sebuah parti yang paling terpecaya bagi rakyat Malaysia.

Oleh itu tidak hairan bagi parti lain yang cuba memusnahkan kredibiliti PAS dan seterusnya cuba meletakkan PAS setaraf dengan parti-parti sekular yang lain.

Pesan saya kepada golongan-golongan yang cuba memusnahkan PAS, jangan kamu menyangka PAS akan rebah dengan ugutan sebegini, tapi dengan izin Allah kami akan menjadi lebih teguh merapatkan saf kami dan berdiri menjadi perisai kepada Islam.

>> YB Ustaz Mohd Nor Hamzah ialah Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Terengganu.

Tiada ulasan: