Tanggungan Kenaikan Gaji Naik 1.6 Juta
Kakitangan Awam dan Pembayaran Pencen Penjawat Awam Punca GST
Dilaksanakan! Apa Kata Anda? : Jikalau Datuk Ahmad Maslan memilih (GST sebagai penyelamat disebalik kejatuhan ringgit yang begitu mendadak) disebalik skandal 1MDB ini.
Sebaliknya, Datuk Seri Mustapa Mohamed memilih pembayaran
kenaikan gaji kakitangan awam dan pencen penjawat awam di Malaysia
sebagai punca dan mengapa serta kenapa kerajaan Malaysia memilih untuk
melaksanakan GST.
Dipendekkan cerita, kerajaan Malaysia
dan menteri Malaysia meletakkan beban disebalik pelaksanaan GST Malaysia
kerana mahu menampung kos bayaran kenaikan gaji kakitangan awam dan
pencen penjawat yang semakin melonjak tinggi dan kos pembangunan luar
bandar.
Ermmm….rakyat Malaysia khususnya 1.6
juta penjawat awam di Malaysia dan jutaan penerima pencen juga yang
dipersalahkan? Mengapa Berita Semasa merasakan alasan yang diberikan
seperti sukar untuk diterima?
Beriya-iya mempromosikan iklan GST di
setiap pemikiran rakyat Malaysia terutamanya yang tinggal di luar bandar
dan pedalaman melalui media-media arus perdana, GST ini adalah yang
terbaik, GST ini mampu menurunkan harga barang di Malaysia, bla….bla…..
Setuju Kenaikan Gaji Naik 1.6 Juta Kakitangan Awam dan Pembayaran Pencen Penjawat Awam Punca GST?
Akhirnya, yang kedengaran sekarang ialah
pembayaran kenaikan gaji kakitangan kerajaan dan bayaran pencen
penjawat awam yang dipersalahkan? Mengapa tidak “straight to the point sahaja“.
Harapan Berita Semasa cuma satu sahaja,
apa-apa berkaitan dengan GST Malaysia, diharapkan dikemukakan fakta,
statistik, input dan output. Cakap-cakap kosong tanpa bukti dan asas
menampakkan kenyataan menteri agak dangkal di mata rakyat. Kepada Datuk
Seri, janganlah berbohong mengatakan GST dilaksanakan untuk tampung
pembayaran kenaikan gaji naik kakitangan awam dan bayaran pencen
penjawat awam. Habis itu KWAP apa gunanya? (Boleh semak koleksi gambar
yang Berita Semasa sertakan di atas ini)
Jikalau disemak pada laporan Bloomberg
pada tahun 2013, KWAP telah menunjukkan prestasi yang terbaik, lebih
baik daripada KWSP. Tetapi menteri menyalahkan kakitangan kerajaan pula?
Mengapa?
Adakah disebabkan ini?
P/S : Mudahnya mencari alasan dengan meletakkan beban kesalahan dan cari
“kambing hitam” kepada kumpulan lain termasuklah kepada kakitangan awam
di Malaysia untuk “menghalalkan GST“.
Jikalau Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh (Ex Pengerusi IMF dan Bank
Dunia) memberikan peringatan kepada kerajaan Malaysia pelaksanaan GST
tidak sesuai pada masa sekarang, mengapa masih ada yang beriya untuk
mempromosikan GST? Mengapa?
P/S : Jikalau sebelum ini, Menteri
menyalah orang Cina disebalik kenaikan harga barang, kemudian disalahkan
bank pula? Selepas itu, rakyat dipersalahkan kerana tidak berjimat.
Belum pernah lagi kedengaran daripada mulut menteri disebalik
perbelanjaan boros kerajaan Malaysia seperti……
Tiada ulasan:
Catat Ulasan