HALAMAN SANTAI

Ahad, 29 Mac 2015

Husam: DAP S'wak keluar Pakatan strategi bagus

MALAYSIAKINI



 
 
 
Ketika pemimpin Pakatan Rakyat serba salah untuk mengulas tindakan DAP keluar daripada Pakatan Rakyat Sarawak, pemimpin kanan PAS Datuk Husam Musa pula memandang positif langkah itu.

Katanya, tindakan itu bagus daripada segi strategi dan memberi manfaat kepada kedua-dua parti berbeza pandangan – PAS dan DAP, lapor Harakahdaily.

"PAS boleh diterima oleh penyokong-penyokong PAS (dari kalangan Bumiputera) DAP boleh disokong oleh masyarakat Sarawak yang tidak sokong PAS.

“Jadi kedua-dua parti boleh menang kerusi (dalam pilihan raya negeri), ia bagus dari sudut strategi,” beliau dipetik sebagai berkata dalam sidang media di Ipoh semalam. 
 
 

Tiada ulasan: