HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 Mac 2015

1MDB: DAP lapor MIA, dakwa juru audit culas



Tony Pua Tony Pua
 
 
 
KUALA LUMPUR - DAP menggesa Institut Akauntan Malaysia (MIA) menyiasat firma audit, KPMG dan Ernst & Young yang bertanggungjawab dalam mengaudit laporan akaun syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
 
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, pihaknya ada menggariskan beberapa dakwaan yang perlu dijelaskan MIA yang disifatkan sebagai keculasan ahlinya menjalankan tugas.
 
"Hari ini saya buat aduan kepada MIA dan menggesa agar MIA menyiasat peranan KPMG dan mungkin Ernst & Young dalam perkara ini sama ada mereka bertanggungjawab atau berkongsi tanggungjawab dalam skandal ini.
 
"Mengikut akta, MIA perlu siasat dan keluarkan laporan," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui selepas membuat laporan di pejabat MIA, hari ini.
 
Mengulas lanjut, Tony Pua menyebut bahawa dalam laporannya, beliau mempersoalkan tentang laporan akaun 1MDB pada tahun 2010 yang telah disiapkan dalam tempoh hanya sebulan sahaja sedangkan 1MDB merupakan syarikat yang membuat transaksi melibatkan wang berbilion.
 
"KPMG tidak menjalankan tugas dengan penuh kerana laporan (akaun 1MDB) mereka disiapkan dalam sebulan walaupun juru audit sebelumnya, Ernst & Young telah meletakkan jawatan mereka kerana tak rela nak 'sign' akaun. Jadi, memang ada situasi yang diragui.
 
"Ernst & Young meletakkan jawatan pada Ogos 2010 kemudian KPMG dilantik pada September dan mereka 'sign' laporan audit pada 4 Oktober. Sebulan sahaja. Diragui mereka jalankan tugas dgn jujur.
 
"1MDB menjalankan transaksi berbilion ringgit. Kalau berbilion ringgit, juru audit kena semak dengan penuh sebelum tandatangan akaun," katanya.
 
Malah katanya, status 1MDB sebagai anak syarikat kepada Kementerian Kewangan menambah lagi tanggungjawab audit itu kerana ia melibatkan wang rakyat.
 
Katanya, juru audit bertanggungjawab untuk menyiasat perkara-perkara yang meragui atau disyaki ada penyelewengan mahupun penipuan.
 
"Namun juru audit tidak membangkitkan sebarang persoalan atau melaporkan kepada pihak berkuasa yang tertentu," katanya.
 
 

Tiada ulasan: