HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 Mac 2015

Pensyarah UM kini disiasat kerana artikel tentang polis

OLEH ELIZABETH ZACHARIAH


Ketua Polis Negara memberi respons terhadap artikel tersebut di laman sosial Twitter. – Gambar dari Twitter, 27 Mac, 2015. Ketua Polis Negara memberi respons terhadap artikel tersebut di laman sosial Twitter. – Gambar dari Twitter, . 



Seorang pensyarah kanan Universiti Malaya dijangka yang terkini ditangkap polis berhubung artikel mengkritik pihak berkuasa atas beberapa tangkapan yang dibuat berikutan perhimpunan #KitaLawan baru-baru ini.

Dr Khoo Ying Hooi, kolumnis The Malaysian Insider, sedang disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah atas artikel bertajuk "Who Owns the Police" (Siapa Memiliki Polis) yang muncul dalam portal berita ini pada 16 Mac.

Dalam artikel tersebut, Khoo berkata pihak polis dikritik kerana terus-menerus menggunakan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (PAA), undang-undang  yang diputuskan Mahkamah Rayuan tidak berperlembagaan untuk menahan peserta perhimpunan #KitaLawan.


Beliau juga mempersoalkan tindakan polis yang bersifat selektif dalam campur tangan polis dan juga menggunakan beberapa contoh tindak balas polis dalam protes di Amerika Syarikat dalam komentarnya. Khoo memberitahu The Malaysian Insider beliau disoal selama satu jam setengah oleh 2 pegawai polis di pejabatnya di universiti itu semalam. Beliau diiringi peguamnya Puspawati Rosman.

Ia berlaku selepas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menulis tweet mengenai ulasan beliau pada hari yang sama ia muncul, dengan berkata, "Artikel KYH dalam MI mengelirukan pembaca. Bila masa PDRMsia membenarkan protes jalanan ke-7?"

"Mereka (polis) mendakwa mereka tidak membenarkan protes itu," katanya, merujuk kepada perhimpunan #KitaLawan itu, yang berlaku pada 7 Mac di Kuala Lumpur.

Khoo merujuk kepada hakikat yang walaupun pihak polis tidak mengganggu perhimpunan itu, mereka bagaimanapun mula menangkap pihak penganjur, termasuk pemimpin PKR dan aktivis, bermula keesokan harinya.

Sehingga kini, 11 orang ditahan sejak perhimpunan 7 Mac tersebut.

Mengulas mengenai kenyataan yang diberi kepada polis, Khoo berkata perkara utama yang mereka ingin tahu ialah siapa sumber artikelnya itu.

"Saya beritahu mereka, sebahagian daripada tugas saya sebagai ahli akademik iaitu untuk menyelidik dan terus menulis.

"Mereka juga mahu tahu jika saya merujuk kepada polis Malaysia dalam artikel saya," katanya,
sambil menambah teras penyelidikan beliau ialah mengenai hak asasi manusia, termasuk demonstrasi dan protes.

"Tetapi saya lebih risau mengenai kebebasan akademik yang sedang disekat dalam hal ini. Sukar bagi kami ahli akademik melakukan kerja kami apabila  perlu berhati-hati dengan setiap perkataan yang ditulis," katanya.

Memandangkan protes dan demonstrasi kini satu perkara biasa di Malaysia, Khoo berkata beliau malah mengambil keputusan melakukan penyelidikan PhD beliau mengenai perkara itu juga, berdasarkan pada apa yang didapati dari jurnal, buku-buku dan bahan-bahan akademik.

"Ia perkara yang menarik. Ia akhirnya akan memberi manfaat kepada pembangunan negara untuk mengetahui mengapa protes ini berlaku dan sebagainya. Ini merupakan sebahagian dari sisi akademik saya."

Khoo juga menyatakan, dalam tempoh 5 tahun menjadi kolumnis The Malaysian Insider, beliau tidak pernah dikecam pentadbiran UM, walaupun kerap mengkritik kerajaan.

"UM merupakan sebuah universiti penyelidikan. Mereka memahami keperluan penyelidikan dan penulisan... yang saya perlu terus menulis, jadi mereka tidak pernah berkata apa-apa tentang penulisan saya," katanya.

Khoo berkata tugas pendidik kini disekat dengan tindakan keras yang berterusan terhadap kebebasan akademik.

"Polis merujuk kepada bahasa yang saya gunakan dalam artikel itu. Mereka perlu faham, kita tidak boleh tulis hanya segalanya yang positif.

"Kita perlu menyoal. Jika kami ahli akademik tidak dibenarkan sama sekali menyoal, bagaimana kita dapat menjalankan penyelidikan?"

Khoo merupakan ahli akademik kedua dari universiti tertua di Malaysia itu disiasat polis selepas profesor undang-undang UM Dr Azmi Sharom, yang didakwa mengikut Akta Hasutan tahun lepas berhubung komen beliau dalam artikel berita bertajuk "Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told".

Kerana ulasannya itu yang disiarkan satu portal berita, mengenai krisis negeri Perak, ahli akademik 45 tahun itu menghadapi tuduhan utama kerana menyatakan kenyataan berunsur hasutan, satu kesalahan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

Beliau juga dikenakan tuduhan pilihan menerbitkan kenyataan yang berunsur hasutan, kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(c) akta yang sama.

Azmi memfailkan permohonan, mengatakan Seksyen 4 itu tidak mengikut perlembagaan dan melanggar Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara.


Tiada ulasan: