MALAYSIAKINI
Kerajaan menubuhkan sebuah petugas bagi meneliti hala tuju keseluruhan
1Malaysia Developement Berhad (1MDB), kata Menteri Kewangan Datuk Seri
Najib Razak.
Beliau yang juga perdana menteri berkata langkah itu bagi memastikan
daya mahu syarikat, meningkatkan kedudukan kewangan dan memastikan
pembayaran balik hutangnya.
Najib berkata demikian dalam jawapan bertulis di Parlimen kepada soalan
Azmin Ali (PKR- Gombak) yang mahu tahu rancangan kerajaan untuk
memastikan 1MDB membayar kembali hutangnya.
Beliau juga menjelaskan, 1MDB pada 18 Februari lalu telah menjelaskan
hala tuju syarikat selepas kajian strategik aktiviti syarikat dibuat.
“Antara perkara penting diumumkan oleh 1MDB ialah 1MDB tidak akan
jalankan sebarang pelaburan atau projek baharu dan telah menyusun
strategi jelas untuk setiap sektor perniagaannya supaya terus maju dan
mapan,” katanya.
Beliau juga berkata 1MDB jamin setiap entitinya berada dalam kedudukan untuk membayar kembali hutang.
Najib juga menegaskan bahawa aliran tunai syarikat itu kukuh dengan keseluruhan asetnya dengan selesa melebihi hutang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan