Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
 
 
 
KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan dalam kapasitinya sebagai pemegang saham 100 peratus 1Malaysia Development Bhd (1MDB), menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi memastikan kejayaan pelaksanaan semakan semula strategik syarikat itu.
    
Pasukan khas itu dianggotai Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad  Husni Hanadzlah; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid  Omar; Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa; dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.
    
Kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini, berkata ia menyokong penuh pengurusan dan jemaah lembaga 1MDB dalam pelaksanaan semakan semula strategik yang diumum syarikat sebelum ini.
    
Pasukan petugas khas itu akan menyediakan segala bantuan dan bimbingan yang diperlukan bagi memastikan penjanaan nilai maksimum untuk kementerian. - Bernama