HALAMAN SANTAI

Isnin, 30 Mac 2015

Razak Baginda dibebas selepas 'kajian mendalam'

MALAYSIAKINI


 


Kerajaan tidak merayu terhadap pembebasan Abdul Razak Baginda daripada pertuduhan bersubahat dalam pembunuhan Altantuiya Shaariibuu kerana tiada keterangan kukuh bagi membuktikan penglibatan penganalisis politik itu.

Perdana menteri berkata keputusan tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam itu dibuat selepas “kajian mendalam” dilakukan oleh Jabatan Peguam Negara.

“Oleh yang demikian, kepupusan telah dibuat untuk tidak memfailkan rayuan,” kata Datuk Seri Najib Razak dalam jawapan Parlimen menjawab soalan Nga Kor MIng (DAP-Taiping) .

Najib berkata kajian menyeluruh dilakukan oleh pihak pendakwaan untuk menentukan sama ada rayuan perlu dibuat atau tidak, berdasarkan ketengan dikemukakan semasa perbicaraan.

Nga mahu tahu sebab sebenar Jabatan Peguam Negara tidak merayu terhadap pembebasan Razak Baginda yang melibatkan sebuah kes pembunuhan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Razak Baginda dituduh bersubahat dengan bekas anggota polis elit Azilah Adzri dan Sirul Azhar Umar melakukan pembunuhan terhadap Altantuya, seorang wanita warganegara Mongolia.

Mahkamah melepaskan dan membebaskan Razak Baginda tanpa dipanggil membela diri atas alasan keterangan yang dikemukakan tidak cukup bagi membuktikan kes prima facie terhadapnya.


Tiada ulasan: