MALAYSIAKINI
Pemimpin Umno menyokong Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan
tindakan terhadap pihak yang "tidak bertamadun" yang didakwa mahu
menjatuhkan perdana menteri.
Menulis dalam blognya hari ini, Ketua Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali
Alhabshee berkata polis tidak sepatutnya mengambil kira kedudukan atau
status sewaktu berdepan dengan kumpulan itu.
"Kumpulan
ini sebenarnya pengacau kepada keamanan negara dan saya menyokong penuh
tindakan polis memberkas dan menyumbat mereka ke dalam penjara," kata
Syed Ali dalam blognya.
Beliau berhujah bahawa isu sebenar bukan berkaitan Najib atau Umno
tetapi soal keamanan dan beliau kesal tindakan pembangkang yang
didakwanya mengetepikan undang-undang dan melakukan hasutan.
Katanya lagi, jika ia tidak ditangani dengan tegas dibimbangi akan
memudaratkan keamanan negara dan kesejahteranan hidup rakyat berbilang
kaum.
"Mereka langgar undang-undang, seolah-olah negara ini kepunyaan mereka
sehingga mengganas di jalanan seperti manusia tidak bertamadun,"
katanya.
Dalam tulisannya juga, Syed Ali menolak desakan supaya Khalid dipecat
sebaliknya mempertahankan tindakan ketua polis negara itu terhadap
kumpulan yang secara sengaja melanggar undang-undang.
"Ada
segelintir pihak yang buat desakan supaya Khalid dipecat, tetapi saya
nak ingatkan mereka, KPN telah melakukan tanggungjawab beliau dengan
baik demi rakyat dan negara," katanya.
“Jangan hanya kerana desakan segelintir puak yang tidak bertamadun itu,
kita nak pecat Khalid, ini semua kerja gila dan tidak masuk akal, kita
(Umno) tetap mempertahankan Khalid sebagai KPN," tegas Syed Ali.
Beliau yang juga bekas senator mendakwa majoriti rakyat memberi sokongan
kepada polis dan pihak berkuasa itu juga tidak bermain politik dan
memihak kepada kerajaan atau pembangkag
"Majoriti rakyat negara ini cintakan keamanan, mereka sokong pihak polis
tangani perbuatan jahat pembangkang, cuma segelintir yang buat masalah
dan polis tidak perlu bertolak ansur.
"Tugas polis adalah menjaga dan memelihara kemananan negara," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan