MALAYSIAKINI
Kumpulan pertama rakyat Malaysia iaitu seramai 78 orang yang dipindahkan
dari Yaman berikutan pergolakan di negara itu, akan tiba di Lapangan
Terbang Antarabangsa KL (KLIA) hari ini.
Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata, kesemua mereka akan
berlepas dari Jeddah menaiki beberapa syarikat penerbangan dan dijangka
tiba pada waktu berlainan.
"Kumpulan ini akan diterbangkan pulang ke Malaysia dari Jeddah.
Penerbangan melalui syarikat penerbangan Malaysia Airlines MH 151 iaitu
seramai 29 orang akan tiba kira-kira 11 pagi.
"Penerbangan Sri Lankan Airlines UL314 iaitu seramai tiga orang tiba
2.05 petang, Emirates EK346 (38 orang) dijangka tiba 3.05 petang
manakala Qatar Airways QR852 (lapan orang) dijangka tiba 8.50 malam,"
menurut kenyataan itu.
Sebanyak 156 rakyat Malaysia yang dipindahkan dari Yaman berikutan
pergolakan di negara itu, dijangka pulang ke tanah air mulai lusa.
Semalam Bernama melaporkan Kedutaan Besar Malaysia di Sana'a
dan Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh serta Konsulat Jeneral di Jeddah
telah memulakan fasa pertama usaha membawa pulang rakyat Malaysia di
Yaman.
Seramai 108 rakyat Malaysia dari Sana'a dan 44 dari Hudaidah telah
dipindahkan melalui laluan darat ke Arab Saudi manakala bagi fasa kedua
pula, ia melibatkan usaha membawa pulang rakyat Malaysia di Aden dan
wilayah Hadramaut.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan