Rafizi Ramli diberi amaran supaya tidak
menjadi batu api dengan menghasut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak supaya menyaman Tun Dr Mahathir Mohamad.
PETALING JAYA: Pemuda UMNO memberi amaran kepada Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli supaya tidak menjadi batu api dengan menghasut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menyaman Tun Dr Mahathir Mohamad.
Exco Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata kritikan bekas Perdana Menteri terhadap Najib termasuk pembunuhan Altantuya Shaaribuu merupakan pandangan peribadi dan urusan dalaman mati.
“Rafizi tidak perlu campur urusan parti lain kerana lebih baik dia jaga partinya sendiri,” katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.
Ketua Pemuda Bahagian Titiwangsa sebaliknya menasihatkan Rafizi menjaga PKR yang tercemar akibat amalan nepotisme dan krisis dengan parti komponen DAP dan PAS.
Beliau berkata, Setiausaha Agung PKR itu terdesak untuk menjadi jaguh dan kelihatan hebat untuk menaikkan namanya walaupun hujahnya penuh dengan pembohongan.
Nazir memperlekehkan PKR yang sudah 16 tahun ditubuhkan tetapi masih tidak matang dan gagal mengawal pemilihan sehingga berlaku banyak kekecohan.
“Pemilihan parti sendiri pun kecoh apa lagi hendak mentadbir sebuah negara.
“
Letak jawatan Ahli Parlimen dan wakil rakyat sesuka hati, malah bertindak pecat Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid) yang dilantik kerana tidak mengikut kemahuan parti sudah menjadi adat dalam PKR,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan