PUTRAJAYA - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini menafikan
bahawa keputusan mereka untuk memutuskan hukum berkenaan Cukai Barangan
dan Perkhidmatan (GST) sebagai harus adalah 'ikut sedap' dan 'sambil
lewa'.
Pengerusinya Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin berkata, keputusan menjatuhkan hukum GST sebagai harus telah dilakukan secara terperinci dan telah mengambil kira semua pandangan ulamak muktabar.
"Sebelum keputusan harus ini dibuat, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah mengarahkan satu kajian terperinci dijalankan dan kajian telah dilaksanakan secara insentif oleh kumpulan penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang terdiri daripada pakar-pakar syariah dan ekonomi.
"Oleh itu hasil kajian kami mendapati kerajaan dibenarkan untuk mengutip cukai demi untuk memenuhi maslahah umum pentadbiran negara dan rakyat.
"Sehubungan itu, adalah tidak tepat sekiranya dakwaan yang mengatakan bahawa keputusan yang telah dibuat oleh muzakarah terhadap isu GST ini adalah berdasarkan hujah yang longgar dan tidak menepati kaedah hukum syarak kerana bersandarkan kepada maslahah.
“Istilah maslahah dalam konteks keharusan GST ini perlu difahami dalam konteks yang luas dalam hukum fiqh iaitu maslahah dharuriyat dan hajiyat.
"Muzakarah juga ingin menegaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu yang mengatakan bahawa keputusan yang diputuskan oleh muzakarah bercanggah dengan Islam kerana berdasarkan kepada maslahah dan tidak membezakan golongan kaya dan miskin adalah amat tidak tepat," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Jakim, Putrajaya hari ini.
Jelasnya, sekiranya mereka meneliti keputusan Muzakarah tersebut secara positif dan dengan hati terbuka, maka akan jelas difahami bahawa keputusan Muzakarah mengharuskan GST telah diikat dengan syarat parameter syarak.
Mengulas lanjut, katanya hukum harus itu juga diputuskan berdasarkan keadaan semasa yang berlaku sekarang.
"Muzakarah dalam membuat keputusan mengharuskan GST dengan diikat dengan beberapa syarat, telah meneliti secara mendalam semua pandangan dan penghujahan yang dibawa oleh semua ulama dan pakar-pakar ekonomi Islam dan konvensional.
"Rumusan yang dibuat adalah berdasarkan suasana ekonomi negara ini dan juga dunia selaras dengan kaedah fiqh "Perbuatan Pemerintah Terhadap Rakyatnya Adalah Bergantung Kepada Maslahat".
“GST adalah sebahagian ijtihad ekonomi pada sekadar memenuhi maslahat umum pentadbiran negara dan rakyat.
"Oleh itu pertimbangan hukum yang telah dibuat ini tidak dilakukan secara sembrono dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik," jelasnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan